Wednesday, April 7, 2010

kesian ke bebudak..............

KENYATAAN Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran beberapa hari lepas bahawa dalam kegawatan, dalam peruntukan Kementerian Pelajaran dipotong, aktiviti kokurikulum murid berjalan seperti biasa, tiada kesan akibat pemotongan peruntukan tersebut. Kenyataan beliau memang benar sebab aktiviti kokurikulum berjalan seperti biasa di sekolah. Ini disebabkan aktiviti koko di sekolah tidak melibat kewangan yang banyak. Sebab cuma di sekolah.

Tetapi apabila menyentuh penglibatan murid dalam aktiviti koko dan sukan serta lain-lain program termasuk program akademik peringkat daerah, negeri dan kebangsaan, di sini terasa kesan yang teramat sangat kerana kekurangan dana kewangan. Ini menyebabkan pada tahun 2010 ini, murid hanya akan dapat sijil penyertaan peringkat sekolah sahaja. sijil-sijil peringkat daerah, negeri dan kebangsaan, kurang.

Tidak dinafikan bahawa kementerian menurunkan bajet melalui jabatan tetapi amat tidak mencukupi. Lagi pula, bajet yang diturunkan hanyalah bajet penganjuran program. Jadi, boleh untuk anjur sesuatu program tetapi bajet untuk tuntutan perjalanan guru yang bertugas atau jawatankuasa program tiada. Guru yang bawa murid tidak ada masalah sebab ditanggung oleh sekolah (jika aktiviti peringkat daerah sahaja). Tetapi guru yang bertugas sebagai jawatankuasa perlu dibayar perjalanan mereka, makan serta tempat tidur, mereka.

Satu contoh, daerah perlu menganjurkan pertandingan bolasepak untuk memilih pemain ke peringkat negeri. Peringkat awal hendak dibuat pertandingan 11 sebelah. Oleh kerana guru yang dipilih sebagai pengadil tidak dapat hadir kerana tiada TNT, maka pertandingan tersebut dibatalkan. Bayangkan pengadil tidak dibayar minyak kereta, tidak ditanggung makan serta lojing mereka (pertandingan mungkin selama 2-3 hari). Bukan masalah guru tidak boleh berkorban ditengah kegawatan ini tetapi golongan guru ini telah lama dan sepanjang masa berkorban. Tidak boleh disalahkan guru ini.

Maka, pertandingan bolasepak 9 sebelah diadakan selama satu hari dengan dikutip sedikit bayaran pendaftaran untuk imbuhan kepada pengadil (yang juga guru) yang sanggup bertugas pada hari tersebut. Bolehlah buat pemilihan. Masalah lain pula timbul.... macam mana nak hantar pasukan ke peringkat negeri?? Macam mana nak buat latihan pusat? Macam mana nak bayar TNT guru yang terlibat dalam pembentukan pasukan? Duit yang diturunkan oleh jabatan memang tidak cukup. Bukan bola sepak sahaja perlu duit, takraw, badminton, olahraga, semua perlukan duit untuk hantar murid ke kejohanan peringkat negeri. Ini baru bab sukan. Belum lagi program kokurikulum atau koakedemik yang lain.

Pendek kata, Tahun 2010 ini, peluang murid untuk memiliki sijil pencapaian peringkat negeri dan kebangsaan amat terhad. Sedangkan sijil kokurikulum amat penting untuk mereka bersaing dalam permohonan ke sekolah berasrama penuh, IPT dan lain-lain institusi.


























No comments: