SRI BUAT dan KENANGANKU
SRI BUAT merupakan sebuah pulau yang cantik terletak di Laut China Selatan, bersempadan antara negeri Pahang dan Johor (Pulau Sri Buat, Pahang, Malaysia (Latitude: 2° 40' 60 N, Longitude: 103° 55' 0 E). Walaupun dalam maklumat di internet, Sri Buat merupakan terletak dalam negeri Johor, tetapi faktanya ialah Sri Buat terletak dalam jajahan takluk negeri Pahang Darul Makmur. Pulau ini tak ada penghuni pada mulanya, menjadi tempat nelayan berlindung daripada angin kencang dan ombak besar.Kenapa tak ada orang tinggal? Sebabnya pulau ini tanah pamahnya tidak luas dan masalah air tawar. Air masin ada di sekelilingnya. Bukan tidak ada langsung sumber air tawar, ada tetapi amat terhad. Hanya orang dah biasa di Sri Buat tau di mana nak cari air itu.
Aku dan Sri Buat
Sejak kecil, kalau tak silap umur aku 5 ... 6 Tahun abah selalu bawa aku dan adik aku sana. Kadang-kadang sampai 4 .. 5 hari, kalau tak salah. Apa abah aku buat kat sana? Abah aku rajin ambil tender mengutip telur penyu. Masa tu tak ada lagi kempen selamatkan penyu. Abah ambil tender tu bukan untuk jual telur penyu tetapi untuk jadi santapan.... sedap... enak... susah nak cerita keenakannya. Buat telur jeruk (masin)... baunya busuk tetapi sungguh enak dimakan bersama nasi. Walau bagaimanapun, abah aku tetap beringat untuk warisan penyu itu. Setiap sarang yang dipungut telurnya, ditinggalkan berbelas biji untuk tujuan pembiakan.
Di salah satu teluk di Pulau Sri Buat, ada kawsan yang di tanam pokok kelapa. Pada masa-masa tertentu, orang dari Pulau Tioman (tempat aku lahir) pergi untuk membuat kelapa kering. Tapi aku tak ingat ikut abah dan emak pegi sana untuk buat kelapa kering. Yang aku ingat cuma ikut abah mengutip telur penyu sahaja.Duduk kat pulau tu memang adventur, survivor.... masa tu (kalau tak silap tahun 75 dan ke atas sebelum abah dan emak pindah ke FELDA Keratong 2) kalau duk kat pulau tu memang habis la kaki kena minyak tar. Pencemaran teruk dengan minyak. Hitam abis kaki, seluar, baju kalau tak berhati-hati.
Yang seronoknya, kat sana ada kilang papan??, kilang selipar??,kilang pelampung, pukat, tali dan macam-macam kedai lagi???? Aikk... kata tak orang duduk. Sebenarnya barang-barang hanyut tu... Jadi nak buat pondok tak payah beli papan, nak pakai selipar tak payah beli selipar sebab banyak selipar yang terdampar (tapi sebelah lain la...), tali-tali, tak payah beli. Masa tu kalau nak buat jalanraya kat pulau tu pun tak payah berbajet tinggi sebab minyak tarnya bersepah-sepah, atas pasir, atas batu sampai nak berjalan pun susah. Mesti pijak minyak tar punya.Begitu secoret kenangan di Pulau Sri Buat ... ada masa nanti cerita lagi bab pulau ni. Kerana kenangan itulah, aku mengambil sempena nama pulau itu menjadi alamat email ku... sekian... wassalam................................
2 comments:
pulau tu masih dicemar oleh minyak tar ke? sesuaikah sana bersnorkeling tengok batu karang? cadang nak pergi sana. harap boleh dapat lagi banyak cerita tentang pulau tu.
pulau tu dah ok la ni. tapi tak ada orang duduk. cuma guarg telekom jer sbb ada pemancar di situ.
kalau sangguo perang dengan agas, sila kan... memang cantik pulau tu.
Post a Comment