Monday, May 31, 2010

TEMPAT TAK BOLEH MEROKOK DI TAMBAH....

Sempena HARI TANPA TEMBAKAU, tempat tak boleh merokok ditambah lagi, diperluaskan di premis swasta yang berhawa dingin. Ini maknanyer............... gambaran kepada siperokok adalah...................... TAK DER MAKNANYER ...... tak ada makna apa-apa pun....

Di premis kerajaan tidak mampu ditegah, apatah lagi di premis swasta. Sebabnyer kerana tiada penguatkuasaan kerana kekurangan penguatkuasa. Apapun, peluasan itu satu usaha yang baik walaupun ada cara yang lebih baik tetapi tidak digunapakai.


Thursday, May 27, 2010

HALALKAN YANG HARAM UNTUK KEWANGAN KITA......

PAPER hari ini menyiarkan bahawa Menteri Kesihatan umumkan rokok 14 batang tidak jadi diharamkan penjualannya pada 1 Jun ini. Satu langkah yang agak melegakan bagi pecandu rokok. Jimat sikit...???? Alasannya bimbang lambakan rokok haram (tanpa cukai) di pasaran. Wal hal rokok haram (???) tanpa cukai ni dah pun berlambak-lambak.

Aku nampak alasannya sama macam halalkan judi sukan. Haram judi sukan pun orang berjudi juga. Rugi kerajaan sebab tak dapat duit cukai. Penyelesaiannya, lesenkan judi sukan. Klu kat genting nu, yang islam tak boleh masuk kasino sebab kena tahan kat muka pintu. Tapi judi sukan, sapa nak tahan penjudi yang agamanye Islam daripada bertaruh?????

Paper hari ni juga, Idris Jala menyatakan jika subsidi diteruskan negara akan jatuh bankrap pada tahun 2019. Katanya lagi mungkin harga petrol naik hujung tahun ni antara 10 sen ke 15 sen seliter. Maknanyer harga barang-barang akan naik jugalah. Tak apalah kalau macam tu.

Tapi mungkin ada cara lain kot untuk kurangkan sedikit kenaikan harga petrol tu. Mungkin, kalau difikirkan ye, agaknyer kalau dadah itu dibenarkan penjualannya, mungkin lebih banyak lagi cukai yang mungkin boleh dikutip. Iye lah, haramkan dadah, najiskan dadah, semakin ramai yang cuba menagih. Kalu dibenarkan, syaratkan kepada mereka yang menjual dadah itu mesti berlesen. Dan mungkin perlu pandai beri motivasi. Jika penagih datang membeli, mereka boleh tolong nasihatkan supaya penagih tu jangan berkongsi jarum dsb. Ini boleh mengurangkan penyebaran HIV Aids.

Semoga dengan penghalalan apa yang sepatutnya diharamkan, wang itu dapat digunakan untuk membina, menjana modal insan yang berkualiti.




Sunday, May 9, 2010

Polis tembak semborono lagi...????

Hari ini di dada akhbar terpampang berita tentang seorang anggota polis digantung tugas kerana menembak seorang remaja yang melarikan diri apabila dikejar oleh anggota polis terbabit. Sesungguh aku bersimpati terhadap remaja itu tadi. Tetapi aku lebih bersimpati terhadap anggota polis yang menembak remaja itu. Iyalah, dalam usaha menegakkan undang-undang tetapi memakan diri sendiri kerana, mungkin kurang pengalaman, mungkin kerana kebimbangan, mungkin kerana keinginan dan berbagai kemungkinan lagi. Kalau kurang pengalaman, apakah perlu dibuat peraturan yang baru seperti anggota polis yang baru bertugas tidak dibenarkan membawa pistol, sebaliknya bawa hanya bawa cota sahaja atau alat perenjat elektrik sahaja?

Aku bukannya nak komen apa tentang insiden ini dan insiden yang terdahulu (remaja maut ditembak polis), cuma nak ajak kita semua berfikir, berfikir dan berfikir. Orang yang melarikan diri daripada polis adalah orang yang mempunyai kesalahan. Dia tahu dia buat salah, sebab itu dia lari. Dan polis pula beranggapan, orang yang melarikan diri daripada polis adalah orang yang sedang melakukan kesalahan. Dan kemungkinan mereka ini penjenayah yang berbahaya.

Jadi, jika kita sebagai polis adakah kita perlu ditembak dahulu sebelum menembak? Adakah perlu kita dilanggar dahulu baru nak membalas? Aku rasa di sinilah, keadaan seperti inilah yang perlu difikirkan. Apakah polis perlu menunggu tindakan penjenayah baru boleh bertindak balas?
Pada pandangan aku, tindakan remaja yang melarikan diri daripada polis itulah yang mendorong kejadian tersebut. Kalau remaja itu tidak melarikan diri adakah sewenang-wenangnya polis akan menembaknya? Bukan untuk memenangkan atau mempertahankan anggota polis tersebut, cuma pada aku, jangan terlalu ingin mencari salah polis sampai tidak nampak kesalahan remaja tersebut.

Walaupun tindakan polis tersebut mungkin dilihat tidak berpadanan dengan kesalahan siremaja itu, tetapi tindakan remaja itu yang melarikan diri daripada polis boleh dilihat sebagai satu dorongan yang menyebabkan dia tertembak. Kes ini wajar diambil pengajaran oleh semua pihak. Bagi pihak orang awam, bila terserempak dengan polis, jangan lari, kalau lari maknanya anda adalah penjenayah tegar. Dan bagi pihak polis, perlu lebih berhati-hati dalam mengendalikan sesuatu keadaan yang genting.

Apa pun, peranan anggota polis amat penting dalam menangani keselamatan kita rakyat Malaysia.