Thursday, April 22, 2010

ISU GURU..... luahan perasaan




Realiti 2010.... bukan satu sektor, bukan satu unit.... tapi semua..... kebanyakan jabatan.... beginilah situasinya. Jalan cerita berbeza, pokok persoalannya sama. Untuk tatapan lebih jelas klik di sini. Boleh dibaca bersama tulisan yang bertajuk KESIAN KE BEBUDAK..... dalam posting sebelum ini....

Monday, April 12, 2010

BUANG BAYI LAGI....



Amat pedih, amat sedih bila baca cerita buang bayi ini. Tak kiralah bayi yang hidup ke, yang dah mati ke, yang tak cukup bulan ke atau janin, memang amat menyedihkan.

Suratan atau kebetulan, ia berlaku di Hulu Selangor (HS) yang bakal menyaksikan pertempuran habis-habisan dalam pilihanraya antara dua buah kerajaan dan dua buah parti pembangkang besar. Sudah pasti isu buang bayi ini bukanlah isu utama dan pemimpin-pemimpin yang hadir di HS kerana yang penting adalah kemenangan untuk menunjukkan kehebatan. Buang bayi ini bukan isu negeri bukan isu nasional lagi. Tatkala ini di HS ialah siapa yang menang dialah hero di mata rakyat. Buang bayi ini sepicing pun tidak dikempenkan untuk dalam usaha mencari penyelesaiannya. Kalau digunakan isu ini pun hanyalah untuk mengutuk lawan masing-masing dan bukan untuk mencari jalan penyelesaian.

Buang bayi lagi.... hati ini berkata, mengutuk, alangkah zalim sipelakunya. Zalim siibu yang membuang bayi itu dan yang amat lebih zalimnya sijantan yang sama-sama berkongsi nikmat tetapi kesusahan ditanggung oleh sipasangannya seorang diri dan lebih malangnya sianak, sibayi yang sepatutnya disambut mulia tetapi dibuang di merata-rata tempat. Lebih malang lagi sibayi menjadi habuan anjing-anjing liar. Amat zalim juga ibubapa atau keluarga yang membuang anak-anak mereka, yang tidak mahu mengaku anak mereka yang telah terlanjur itu. Inilah antara penyebab masalah buang bayi berleluasa.

Tapi akal berfikir, ini bukanlah salah sipelaku semata-mata. Mereka yang terlanjur akan terus terlanjur, akan tetap terlanjur. Isu buang bayi ini akan terus berlaku dan akan tetap berlaku jika tiada langkah untuk membendungnya dilakukan oleh kerajaan, oleh masyarakat, oleh keluarga dan individu-individu yang berkemampuan melakukannya.

Betul atau tidak beberapa hari lalu terdengar berita melalui radio bahawa ada klinik kerajaan yang boleh mengambil anak luar nikah ini jika diserahkan kepada mereka oleh siibu yang melahirkan. Tetapi tidak diwar-warkan kerana kerajaan takut akan persepsi masyarakat dan individu seolah-olah menggalakkan perzinaan dan mengandung luar nikah.

Dalam keadaan sekarang, pihak yang bertanggungjawab perlu menghebahkan kewujudan 'pusat pengumpulan anak luar nikah yang tidak diperlukan' supaya bayi-bayi ini dapat diselamatkan. Biarlah masyarakat nak kata apa. Biarlah ibubapa nak kata apa. Biarlah orang yang berkepentingan politik nak kata apa. Yang penting selamat bayi itu. Usahakan tempat perlindungan kepada siibu yang 'malang' itu, jika mereka memerlukan. Berikan bimbingan mengikut agama masing-masing atau melalui proses kaunseling. Penerimaan terhadap siibu yang mengandung adalah tanpa syarat. Jika penuh syarat, pasti tidak ramai yang berani membuang anak secara halal (????).

Semoga dengan adanya tempat penyerahan anak luar nikah itu, tiada lagi bayi-bayi yang tidak berdosa dibuang merata. Dan ini mungkin memberi peluang kepada sibayi mengenal ibu mereka bila dewasa kelak. Mengenal sibapa????


*******KALAU sesiapa ada idea (sebagai individu) untuk selamatkan bayi luar nikah ini daripada dibuang, kita boleh kongsi pendapat.......
















Wednesday, April 7, 2010

kesian ke bebudak..............

KENYATAAN Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran beberapa hari lepas bahawa dalam kegawatan, dalam peruntukan Kementerian Pelajaran dipotong, aktiviti kokurikulum murid berjalan seperti biasa, tiada kesan akibat pemotongan peruntukan tersebut. Kenyataan beliau memang benar sebab aktiviti kokurikulum berjalan seperti biasa di sekolah. Ini disebabkan aktiviti koko di sekolah tidak melibat kewangan yang banyak. Sebab cuma di sekolah.

Tetapi apabila menyentuh penglibatan murid dalam aktiviti koko dan sukan serta lain-lain program termasuk program akademik peringkat daerah, negeri dan kebangsaan, di sini terasa kesan yang teramat sangat kerana kekurangan dana kewangan. Ini menyebabkan pada tahun 2010 ini, murid hanya akan dapat sijil penyertaan peringkat sekolah sahaja. sijil-sijil peringkat daerah, negeri dan kebangsaan, kurang.

Tidak dinafikan bahawa kementerian menurunkan bajet melalui jabatan tetapi amat tidak mencukupi. Lagi pula, bajet yang diturunkan hanyalah bajet penganjuran program. Jadi, boleh untuk anjur sesuatu program tetapi bajet untuk tuntutan perjalanan guru yang bertugas atau jawatankuasa program tiada. Guru yang bawa murid tidak ada masalah sebab ditanggung oleh sekolah (jika aktiviti peringkat daerah sahaja). Tetapi guru yang bertugas sebagai jawatankuasa perlu dibayar perjalanan mereka, makan serta tempat tidur, mereka.

Satu contoh, daerah perlu menganjurkan pertandingan bolasepak untuk memilih pemain ke peringkat negeri. Peringkat awal hendak dibuat pertandingan 11 sebelah. Oleh kerana guru yang dipilih sebagai pengadil tidak dapat hadir kerana tiada TNT, maka pertandingan tersebut dibatalkan. Bayangkan pengadil tidak dibayar minyak kereta, tidak ditanggung makan serta lojing mereka (pertandingan mungkin selama 2-3 hari). Bukan masalah guru tidak boleh berkorban ditengah kegawatan ini tetapi golongan guru ini telah lama dan sepanjang masa berkorban. Tidak boleh disalahkan guru ini.

Maka, pertandingan bolasepak 9 sebelah diadakan selama satu hari dengan dikutip sedikit bayaran pendaftaran untuk imbuhan kepada pengadil (yang juga guru) yang sanggup bertugas pada hari tersebut. Bolehlah buat pemilihan. Masalah lain pula timbul.... macam mana nak hantar pasukan ke peringkat negeri?? Macam mana nak buat latihan pusat? Macam mana nak bayar TNT guru yang terlibat dalam pembentukan pasukan? Duit yang diturunkan oleh jabatan memang tidak cukup. Bukan bola sepak sahaja perlu duit, takraw, badminton, olahraga, semua perlukan duit untuk hantar murid ke kejohanan peringkat negeri. Ini baru bab sukan. Belum lagi program kokurikulum atau koakedemik yang lain.

Pendek kata, Tahun 2010 ini, peluang murid untuk memiliki sijil pencapaian peringkat negeri dan kebangsaan amat terhad. Sedangkan sijil kokurikulum amat penting untuk mereka bersaing dalam permohonan ke sekolah berasrama penuh, IPT dan lain-lain institusi.