Dari Pejabat Pelajaran Daerah Rompin (1.10.2002 - 15.2.2011 - sebagai Pegawai Khas Pendidikan Pencegahan Dadah(PPDa)) ke SK Selendang 4 (16.2.2011-31.7.2011- PK HEM), kembali ke PPD Rompin (1.8.2011-15.12.2011- Penyelia Kokurikulum).... akhirnya pada tarikh 16.12.2011, aku dihantar semula ke SK Sungai Mok.
SK Sungai Mok, sebuah sekolah yang 100% murid asli daripada suku kaum Jakun. Terletak lebih kurang 29 km daripada bandar Kuala Rompin dan 35 km daripada rumah aku di Peladang Ins. Satu cabaran baru yang bakal aku hadapi. Tanpa pengalaman yang banyak kerana agak lama duduk di PPD, pengalaman 5 bulan di SK Selendang 4 sebagai PK HEM tidak begitu membantu aku di sekolah ini. Apa pun, cabaran telah kusambut, akan kuusahakan untuk membantu sekolah ini ke arah kecemerlangan, Insyaallah.....