Thursday, December 30, 2010

SUK ohhh SUK.... Istana ohhh istana.....

Aku ni duk jauh daripada Selangor. Tapi beberapa hari ni aku membaca berita kontroversi perlantikan SUK baru Selangor. Jadi aku yang melihat rentetan kontroversi bermula dari Perak hingga ke Selangor ni jadi aku pun terfikir macam ini. Kalau hendak negeri aman maka orang yang dipilih berkhidmat dengan ketua pentadbir negeri hendaklah seiringan. Baru pentadbir boleh menumpukan pada pengurusan negeri dengan lebih fokus.

Tapi sultan mengambil pendekatan tidak selari dengan Menteri Besar ke, Ketua Menteri ke, maka akan sukarlah melicinkan pentadbiran negeri. Menteri Besar, Ketua Menteri dipilih oleh rakyat. Pemerintahan sultan negeri dipertahan kerana adanya Perlembagaan yang meletakkan mereka di situ. Jangan sampai rakyat suatu masa nanti tidak hormatkan institusi raja. Sebagai pemerintah harus bijak menilai antara kepentingan negeri dengan kepentingan politik. Biarlah politik itu hangat semasa pilihanraya sahaja. Sultan perlu bijak menilai keadaan semasa dan berfikir serta bertindak adil demi kepentingan negeri masing-masing. Sultan kena berkecuali dan faham situasi semasa.

Tindakan sultan yang kelihatan menyokong parti-parti tertentu menyebabkan mereka kelihatan tidak bijak dalam mengikuti keadaan politik semasa. Jangan sampai khalayak yang BERBILANG BANGSA melihat sultan bertindak tidak bijak atau diperkudakan oleh pihak tertentu. Selagi sultan tidak berpolitik dan bijaksana, selagi itu institusi beraja akan dihormati.

Kalau sudah di kalangan khalayak sudah berani mengugut kerajaan seperti berlaku pada kontroversi novel INTERLOK, tidak mustahil suatu hari institusi diraja juga boleh diperlecehkan seperti suatu ketika dulu.

Cetusan ini bukan bermakna aku tidak hormat sultan-sultan tetapi berita-berita di akhbar, kontroversi demi kontroversi membuat aku kelihatan berfikir seperti tidak hormat sultan.

Semoga tulisan aku ni tidak dibaca orang lain dan menimbulkan kontroversi pulakkk....