Saturday, July 17, 2010

ESQ ; mufti wilayah vs mufti kebangsaan.......

salam,

Isu ESQ diharamkan di wilayah persekutuan (WP) tetapi dibenarkan di negeri lain adalah satu isu yang menarik untuk difikirkan terutama kepada orang yang berpendidikan arus perdana.

ini pandangan aku, bila membaca alasan mufti WP mengharamkan ESQ, memang menyakinkan alasan itu. Mufti Kebangsaan (MK) juga mengakui beberapa perkara dalam modul ESQ perlu diubahsuai. Jadi pandangan aku ialah, sepatut program ESQ ini wajar dihentikan dahulu seketika. Bila modul itu sudah diubah agar tiada unsur2 luar digunapakai, mufti kebangsaan dah luluskan, barulah ia boleh dibenarkan beroperasi.

Aku terfikir juga bila pengerusi MK menyebut (sebagai contoh??) erra fazira pun ikut serta dalam ESQ ini. Terfikirnya bukanlah apa-apa sangat cuma bagi aku ni yang berpendidikan kebangsaan , jadi mana-mana benda yang nampak baik, nampak elok, kalau boleh semua nak ikut. Sekadar menambah ilmu di dada, untuk mendekatkan diri dengan Allah swt.

Pada pandangan aku, orang2 yang mengikuti ESQ ini kebanyakannya kurang dalam pendidikan agama tetapi dalam usaha untuk memperbaiki diri, untuk menjadi manusia yang lebih baik. Jadi bila datang ESQ ini, nampak kesan yang baik, maka ramailah nak ikut ESQ ini. Mereka tak pikir dah ada unsur2 islam liberal, islam plural, dalan lain lain yang bercanggah dengan Islam dalam ESQ ini. Yang penting adalah perubahan positif dalam diri. Jadi tak kira ada pengaruh apa dalam modul tu, pakai ikut ajer. Aku pun gamaknya kalau tak timbul isu ini, kalau berpeluang, ikut ajer ESQ tu. Iyalah, benda baik.

Walau dalam berita kata ada ustaz-ustaz dah ikuti program ESQ ini, tak dak masalah pun, seolah tiada perkara yang bertentangan dengan islam dalam modul ini. Pada fikiran aku, ada golongan ini yang jenis tidak mengkaji isu-isu baru dalam agama maka mereka tiada respon apa-apa. Tengok secara lahirnya tak dak salah apa-apa, mereka pun ok ajer la. Mungkin mereka sendiri tidak menyedari ada unsur-unsur percanggahan dengan islam dalam kurs/modul ESQ ini.

Kesimpulannya pada aku adalah ESQ ini wajar dihentikan sehinggalah modulnya diubah supaya tiada unsur-unsur bertentangan dengan islam. Bukan sahaja di Malaysia, tetapi di negara lain. Kalau di Malaysia modulnya diubah oleh pengasasnya, tetapi di negara2 lain, modulnya dilaksanakan masih bercanggah dengan Islam, maka kita berfikir semula dengan ESQ ini.

Apapun, aku nak berterima kasih kepada Mufti WP dan anak buahnya yang berjaya mengesan serta membuat kajian berkaitan kepincangan dalam modul ESQ ini. Semoga ia menyelamatkan umat Islam yang ingin mencari kebaikkan tetapi terjerumus kepada kesesatan disebabkan terpengaruh dengan idea-idea yang berkaitan kesamaan agama, islam liberal, islam plural dan berbagai perkara yang boleh merosakkan akidah. Ini kerana orang yang biasanya tersesat dalam pencarian untuk menjadi muslim sejati, adalah mereka yang kurang berpengetahuan hukum hakam Islam tetapi diekploitasi oleh mereka yang bijaksana dalam agama untuk kepentingan peribadi. Maka lahirlah Arqam, hasan anak rimau, guru yahya, rasul melayu dan berbagai-bagai lagi.